Followers

Saturday, April 2, 2011

bermula sebuah kisah II

Setahun telah berlalu, akhirnya tiba masa untuk aku menduduki peperiksaan SPM yang dinanti-nantikan oleh semua pelajar sekolah menengah. Aku belajar dengan bersungguh-sungguh dengan apa yang dinasihatkan oleh Rizman sebelum dia meninggalkan alam ini. Aku sentiasa hidup keseorangan semenjak dari kecil. Tidak pernah cukup dengan kasih sayang. Kadang kala aku juga cemburu melihat mereka yang sentiasa pergi bercuti bersama keluarga ke tempat-tempat yang menarik,sedangkan aku yang hanya meluangkan masa yang banyak dengan ditinggalkan ibu bapa yang sibuk bekerja dan abang kakak yang sibuk belajar dan bekerja. Hidup aku sangat membosankan sehinggakan aku terasa aku seperti anak yatim piatu sahaja,kerana apabila kakak dan abangku telah pulang,ibu dan abah sangat menyayangi mereka lebih daripada mereka menyayangi aku. Aku tidak pernah mendapat pelukan daripada ibubapa ku. Aku hanya berdiam diri melihat kegembiraan yang terpancar di wajah ibu dan abah apabila abang dan kakak pulang. Aku hanya mampu tersenyum melihat situasi itu. Aku sentiasa berharap mendapat kasih sayang yang sama seperti abang dan kakak dapat daripada mereka,tetapi itu hanyalah sekadar mimpi bagiku kerana sudah 17 tahun aku berada dimuka bumi ini,tidak pernah sekali pun aku teringat akan pelukan dari mereka.


Setelah tamat peperiksaan SPM,aku telah bekerja di Domino's Pizza berhampiran dengan kawasan rumah aku. Rakan-rakan aku di tempat kerja sangat baik sehingga aku selesa bekerja bersama mereka. Gaji pula berpatutan dan cukup bagi seorang budak yang telah tamat persekolahan. Gaji-gaji yang aku dapat itu telah aku kumpul untuk sambung belajar.
Aku kadang kala teringin untuk membeli barang-barang mahal seperti rakan-rakan yang lain. Tetapi aku terfikir bahawa aku mempunyai masa yang banyak lagi untuk mengumpul duit dengan usia aku yang masih muda ini. Aku juga tidak pernah meminta ibu atau abah untuk membelikan barang atau pakaian untuk aku. Aku hanya menerima apa sahaja yang mereka belikan. Seminggu sebelum keputusan SPM keluar,aku telah berhenti bekerja dan duduk di rumah sahaja untuk berehat. Kadang kala ibu dan abah meleteri aku kerana hanya tahu menghabiskan beras dirumah sahaja dan malas bekerja. Aku ini dianggap seperti beban bagi mereka. Setiap malam aku termenung memikirkan tentang nasib ku ini,air mata setitik demi setitik telah ku titiskan tanpa disedari.


Keesokan harinya,tibalah masa yang aku nanti-nantikan iaitu keputusan peperiksaan SPM. Hari itu telah aku temu kembali dengan rakan-rakan disekolah, mereka mengatakan bahawa aku telah banyak berubah. Mereka juga mengatakan bahawa dengan melihat muka aku adalah seperti seorang yang mempunyai masalah yang amat banyak. Tetapi siapalah aku untuk mengadu kepada mereka akan masalah aku.Setelah menunggu dan menunggu,akhirnya keputusan sudah boleh diambil. Hati semakin berdebar-debar,diriku dengan kaunter slip keputusan semakin hampir. Apabila tiba di kaunter itu,aku sangat bersyukur dengan keputusan yang telah aku dapat sehinggakan air mata ku sekali lagi menitis. Aku sangat tidak percaya yang aku mampu memperolehi keputusan sebanyak 7A dan 3B. Aku dulu seorang yang sangat teruk. Kalo hendak difikirkan ,aku juga hampir dibuang sekolah.Tetapi mungkin tuhan ingin menyedarkan aku dan kalau bukan juga kerana Rizman,aku mungkin tidak akan berada disini dengan keputusan yang baik ini.Masing-masing menghubungi ibubapa mereka. Aku juga cuba menghubungi ibu dan abah,tetapi mereka tidak mengangkat telefon mereka kerana sibuk dengan kerja,aku menunggu mereka dirumah. Setelah mereka pulang,aku menunjukkan slip keputusan ku kepada mereka,hanya perkataan "tahniah" sahaja yang keluar dari mulut mereka. Betapa tersentap dan sedih yang teramatnya apabila itu sahaja yang mereka katakan setelah aku buat yang terbaik. Aku amat mengharapkan pelukan dari mereka,tetapi sekali lagi tidak menjadi kenyataan dan hanya mimpi semata-mata.
Orang lain bergembira dengan keputusan peperiksaan yang telah mereka perolehi,tetapi tidak aku,hanya tangisan dan kesedihan yang menyelubungi. Apakah yang aku sedang alami,aku sendiri masih didalam kekeliruan dan kebuntuan. Soalan demi soalan yang timbul didalam fikiran ku yang masih belum aku dapatkan jawapannya.....(cont)

1 comment:

budak uitm said...

meh sini aq pelok koe ... chillex