Seminggu setelah kepututsan berlalu,akhirnya aku telah mendapat tawaran IPTA , ianya berjauhan dari rumah. Aku redha dan menerima sahaja tawaran IPTA itu. Ibu dan abah hanya membelikan barang-barang keperluan yang biasa sahaja. Aku sangat terharu kerana sekurang-kurang nya ibu dan abah masih lagi mengambil berat akan aku. Yang selebihnya aku menambah dengan wang yang telah aku kumpulkan ketika bekerja dahulu. Ketika pendaftaran,ibu bapa pelajar masing-masing menghantar dan menunggu anaknya sehingga selesai segala urusan pendaftaran,tetapi seperti biasa aku ditinggalkan oleh ibu dan abah dengan menghantar ke IPTA sahaja.Tetapi aku tidak terasa hati,menghantar ke sini juga sudah mencukupi,apa yang penting ialah niat aku untuk belajar disini.Aku mendapat rakan sebilik yang berdekatan sahaja dengan rumahku,sekali lagi bersyukur kepada tuhan kerana mendapat rakan sebilik yang berdekatan dengan tempat tinggal aku.
Azizi,aidil dan amir adalah rakan sebilik aku. Mereka sangat baik dengan aku walaupun aku tidak banyak bertegur sapa dengan mereka. Aku tidak pernah merasa suasana kehidupan seperti di asrama,masih berasa janggal dan asing.Tetapi mereka sering menggembirakan aku tidak kira ketika senang ataupun susah. Aku cuba mengenali mereka seorang demi seorang dan ternyata tanggapan ku tidak salah,mereka memang seorang yang sangat mengambil berat.Kadang kala aku terasa seperti ingin bercerita dengan mereka akan masalah aku,tetapi apabila difikirkan balik,aku biarkan diri ini sahaja yang memendam,tidak mahu orang lain yang berfikir akan masalah aku ini kerana dengan melihat kehidupan mereka yang ceria,aku tidak sampai hati untuk menceritakan hal-hal itu.
hari demi hari berlalu. Minggu demi minggu ku tempuh,akhirnya telah aku biasakan diri ini dengan suasana disini.Kelas demi kelas telah aku pelajari. Kehidupan di IPTA telah banyak menggembirakan aku kerana aku tidak pernah merasakan kehidupan yang penuh dengan rakan-rakan yang mengambil berat,walaupun mempunyai segelintir pelajar yang mempunyai perangai yang teruk,apabila hendak difikirkan semula,perangai aku dahulu juga sama sahaja seperti mereka ,malah lagi teruk jika hendak dibandingkan. Walaupun telah lama meninggalkan alam persekolahan,aku masih tidak sahabat aku yang paling baik iaitu Rizman,buat masa ini tiada siapa yang dapat aku jadikan sebagai pengganti Rizman untuk aku berkongsi masalah.
Setiap minggu disini akan adanya sukan untuk pelajar bermain,aku telah memasuki kelab rekreasi bersama dengan aidil amir dan juga azizi. Kelab rekreasi sering mengadakan larian pusingan satu padang setiap minggu, aku sentiasa tidak larat untuk meneruskan larian,ramai yang bertanyakan kepada aku kenapa mempunyai badan yang kecil tetapi tidak mampu untuk berlari,jawapan aku hanyalah mungkin kerana tidak cukup stamina dan vitamin.
Cuti pertengahan semester sudah hampir,tibalah masanya aku ingin pulang ke rumah yang telah ku rindu-rindu kan ketika berada disini. Perasaan gembira melonjak-lonjak didalam hati kerana ingin pulang. Apabila sampai sahaja dirumah,aku dengar suara orang menjerit-jerit dan memaki hamun,rupa-rupanya ibu dan abah sedang bertengkar. Aku pula memberi salam untuk masuk ke rumah dan ingin bersalaman dengan mereka,tetapi situasi yang sangat menyedihkan bagi aku apabila mereka menepis tangan aku untuk bersalaman malah tidak dijawap salam yang telah aku berikan. Hati ini seperti ingin menjerit dan meronta-ronta menanyakan sebab nasib ini. Aku cuba mengetahui apakah punca pergaduhan, aku cuba bertanyakan kepada ayah,ayah tidak menjawap sebarang soalan. Tiba-tiba ibu pula muncul dibelakang dengan secara mengejutnya menerjah dan memaki aku dengan kata-kata yang amat menyedihkan.Ibu memaki bahawa yang aku ini bukan anak kandung mereka,aku ini hanyalah anak buangan yang dipungut oleh mereka.Jantung aku berhenti seketika mendengarkan kata-kata yang keluar dari mulut ibu,air mata jatuh bergelinangan tanpa disedari badan terdiri kaku .Aku tidak dapat berfikir apa-apa lagi selain mendengar perkataan itu secara berulang-ulang.Kemudian ibu terus pergi masuk ke bilik tanpa berkata apa-apa. Abah juga terus menaiki kereta dan keluar. Aku sangat sedih kerana mengharapkan dapat bergembira dan berkongsi cerita apabila sampai dirumah,tetapi sebaliknya yang berlaku,malah lebih teruk apabila aku mengetahui yang aku ini bukan anak kandung mereka. Hanya air mata sahaja yang keluar pada hari itu.Sakit hati,sakit kepala dan segala-gala sakit yang timbul. Aku benar-benar telah berputus asa untuk hidup Tidak hairan lah sebelum ini aku dilayan seperti itu,kerana hari ini jawapan telah aku dapat untuk soalan aku selama ini yang aku tanya-tanyakan.Mereka tidak bertegur walaupun aku sudah ingin kembali ke IPTA semula. Betapa kecewa,sedih,merananya apabila berita itu yang keluar dari mulut ibu yang aku sayang selama ini. Alangkah indahnya kalau ini cuma mimpi bagiku. Aku berharap sangat bahawa perkara ini tidak pernah berlaku. Aku benar-benar terasa seperti anak yatim ketika ini. Aku mula berfikir siapalah ibu bapa kandung ku yang sebenar,adakah aku akan bahagia jika hidup bersama mereka sejak kelahiran aku di dunia ini. Tetapi wajah ibu dan abah masih berlegar-legar difikiran ku ini. Aku terlalu sayang kepada mereka sehingga tidak dapat menerima kenyataan. Tapi sanggupnya mereka mengatakan itu kepada aku,adakah tidak mempunyai sedikit pun rasa kasih sayang itu kepadaku. Hanya solat sahaja yang boleh menenangkan aku dan aku juga setiap hari berdoa agar mereka itu ibu bapa kandungku....
rumahku bukan syurgaku......(cont)
No comments:
Post a Comment